Buat para penggemar susu soya, antara salah satu perkara yang sering menjadi persoalan terutamanya buat ibu mengandung adalah, “Boleh ke kalau saya minum susu soya dalam kuantiti yang sama sepanjang kehamilan?”
“Apakah khasiat dan faedah yang akan diperoleh bayi sekiranya saya minum susu soya?”
“Dan nanti selepas bersalin, boleh ke saya masih teruskan minum susu soya tersebut walaupun sedang menyusu?”
Saya percaya sebagai ibu hamil, Mama pasti akan mendapat pelbagai info dan maklumat yang bercanggah mengenai hal ini. Malah, selama bertahun-tahun saya bekerja sebagai pakar pemakanan, saya juga sering ditanyakan soalan yang sama daripada bakal ibu.
Mama juga pasti pernah mendengar perdebatan dan maklumat yang lain tentang bagaimana susu soya juga antara pilihan susu popular yang menjadi persoalan ketika hamil, sama seperti susu badam dan oat – samada ia merupakan pilihan yang tepat atau tidak untuk diet Mama sepanjang kehamilan.
Jadi, untuk membantu anda bakal-bakal ibu, saya akan menjawab beberapa soalan yang sering ditanyakan mengenai susu soya. Yang terakhir tu yang paling penting!
1. Yang pertama, apakah kuantiti pengambilan susu soya yang disyorkan?
Mama harus ingat bahawa gaya pemakanan Mama sangat penting sepanjang kehamilan. Oleh itu, kesederhanaan merupakan kunci utama untuk mendapatkan nutrisi yang sesuai pada diri dan kandungan.
Mama boleh mempertimbangkan untuk mengambil kira-kira 1-2 hidangan susu soya dalam sehari, sebagai sebahagian daripada diet sihat Mama.
2. Bolehkah ibu mengandung dan menyusu teruskan pengambilan susu soya?
Persoalannya masih belum terjawab, adakah wanita hamil masih boleh terus minum susu soya? Jawapannya adalah ya. Ibu mengandung dan menyusu memerlukan lebih banyak nutrien, terutamanya protein untuk kesihatan tubuh badan mereka.
Soya mengandungi protein berkualiti tinggi yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan janin, dan juga kaya dengan pelbagai nutrien bermanfaat lain untuk menyokong bekalan susu ibu yang lebih baik serta mencegah kekurangan nutrien pada si ibu.
3. Adakah susu soya mengandungi hormon estrogen?
Soya mengandungi Isoflavon, sejenis estrogen tumbuhan (phytoestrogen), yang sangat mirip dengan estrogen manusia tetapi jauh lebih lemah untuk menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan. Sebenarnya, banyak kajian telah menunjukkan bahawa phytoestrogen ini dapat membantu mengurangkan risiko barah tertentu termasuk barah payudara, barah prostat, dan barah gastrik.
4. Adakah soya meningkatkan risiko barah payudara?
Sebenarnya, masih tiada bukti kukuh berkaitan hal ini. Malah, kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan susu soya (yang mengandungi Isoflavon) dalam kuantiti yang sederhana dapat membantu mengurangkan risiko barah payudara atau untuk barah tersebut tumbuh semula.
Kajian mendapati bahawa kes barah payudara adalah lebih rendah di kalangan wanita Asia yang mengambil makanan berasaskan soya pada kadar sederhana, berbanding dengan wanita barat.
5. Tetapi, sebenarnya boleh atau tidak untuk ibu hamil mengambil susu soya secara berlebihan?
Pengambilan soya secara sederhana adalah sangat digalakkan. Seperti biasa, semuanya harus diambil secara sederhana. Tetapi jika anda sensitif terhadap susu soya atau susu yang lain, anda disarankan untuk terus berjumpa doktor sekiranya anda mengalami kekejangan di bahagian perut, kembung perut atau juga reaksi alergi.
Mama boleh terus menjadi penggemar susu soya kerana terdapat pelbagai khasiat kepada kesihatan yang Mama mungkin tidak tahu. Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih banyak khasiat susu soya kepada kesihatan kita!
6. Apakah faedah pengambilan susu soya?
Susu soya bukan sahaja minuman yang enak, malah sangat berkhasiat.
Protein berkualiti tinggi: Soya merupakan sumber protein yang sangat baik. Ia mengandungi semua asid amino penting yang tidak boleh dibuat oleh badan kita sendiri! Inilah sebabnya mengapa protein dalam soya dianggap berkualiti tinggi. Malah, soya juga adalah sumber protein yang baik bagi mereka yang mengalami intoleransi laktosa, dan vegetarian.
Berkhasiat: Oleh kerana kacang soya adalah sejenis tumbuhan, ia juga kaya dengan nutrien penting lain, seperti serat, antioksidan, dan banyak vitamin dan mineral penting lain, seperti zat besi, kalsium, magnesium, zink, dan lain-lain lagi.
Baik untuk sistem penghadaman: Sebagai contoh, serat makanan dalam kacang soya membantu sistem penghadamanan kita, di mana ia bagus dalam pencernaan makanan dan seterusnya, meningkatkan sistem imuniti badan.
Mengawal kadar gula dalam darah dan kolesterol: Jika Mama mempunyai penyakit diabetes atau kolesterol yang tinggi, susu soya sesuai untuk Mama kerana ia membantu dalam mengawal kadar gula dalam darah dan mengurangkan kolesterol berbahaya dalam tubuh anda.
Melindungi dan memulihara sel dalam badan: Sebatian antioksidan yang dipanggil polifenol dalam kacang soya berguna untuk melindungi sel anda daripada kerosakan akibat reaksi oksidatif yang boleh menyebabkan penyakit jantung.
Bukan itu sahaja ya Mama! Masih banyak lagi kebaikan soya yang saya ingin kongsikan dengan anda di bawah.
7. Apakah perbezaan antara susu soya dan susu lembu, dan mengapa susu soya lebih baik?
Bagi kebanyakan orang Asia, intoleransi laktosa adalah sesuatu yang normal dan kita harus terima dalam kehidupan kita. Seperti sudah tertanam dalam DNA kita untuk bergegas ke tandas yang terdekat setelah kita asyik menjamah produk tenusu. Kebanyakan daripada kita cenderung untuk mengalami intoleransi laktosa terutamanya ketika minum susu lembu, di mana mungkin kita tidak mengalaminya pada usia muda, tetapi apabila semakin meningkat usia.
Jadi, sebagai alternatif, ramai pakar akan mengesyorkan susu soya sebagai penyelesaian kepada masalah ini. Oleh kerana susu soya adalah berasaskan tumbuhan, ia mengurangkan risiko untuk anda mengalami intoleransi laktosa.
Selain itu, hasil penyelidikan juga menunjukkan susu soya mempunyai risiko yang sangat rendah untuk menyebabkan alergi pada seseorang individu. Inilah sebabnya mengapa bayi atau kanak-kanak dengan sistem pencernaan yang sensitif atau mengalami ekzema selalunya sesuai untuk diberikan formula berasaskan soya berbanding susu biasa.
8. V-Soy™, pilihan susu soya yang lazat dan sihat!
Dan inilah fakta kegemaran saya (dan yang disyorkan) mengenai susu soya: pilihlah V-Soy™!
Melalui pelbagai khasiat yang telah dinyatakan di atas, terbukti bahawa pengambilan soya dapat membantu mengekalkan nutrien penting setiap hari. Dan yang paling bagusnya ialah susu soya V-Soy™ datang dalam beberapa jenis, iaitu V-Soy™ Original, V-Soy™ Multi-Grain, V-Soy™ Golden-Grain, dan yang terbaru: V-Soy™ Low Sugar, untuk memberikan kebaikan soya yang menjadi kegemaran anda.
Semua susu soya V-Soy™ dibuat dari kacang soya non-GMO dan juga dengan nilai nutrisi yang tinggi, seperti Vitamin A, D, B12, dan protein. Lazat dan juga berkhasiat!
Pilih susu soya V-Soy™ untuk penyelesaian yang lebih bijak dan tingkatkan kualiti hidup anda hari ini! Akhir sekali, jangan lupa untuk melayari laman Facebook dan Instagram V-Soy™ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk mereka dan juga susu soya terkini.
Sementara Mama sedang asyik melayari laman media sosial V-Soy™, luangkan sedikit masa untuk mengikuti Siri V-Soy Fit Tribe, di mana Mama boleh mengikuti video senaman yang memikat hati dan resepi sihat yang lazat disamping berseronok dengan seisi keluarga.
Siri ini terdapat di saluran Facebook, IGTV dan YouTube di V-Soy World. Mama boleh mendapatkan rangkaian susu V-Soy™ di kedai rasmi V-Soy™ di Lazada hari ini.
Banyak bukan khasiat susu soya kepada kesihatan kita? Saya harap artikel ini dapat menjawab semua persoalan mengenai susu soya yang Mama ingin tahu selama ini dan juga dapat membantu Mama membuat pilihan susu yang tepat untuk Mama dan seisi keluarga.